Program Pendidikan Khas Integrasi SK Batu Unjur mempunyai mempunyai 2 blok bangunan yang diperuntukkan khusus untuk pra sekolah dan kelas pemulihan khas untuk kanak-kanak istimewa.
Bilangan guru bagi program ini adalah seramai 31 orang. Terdiri daripada 27 orang guru perempuan dan 4 orang guru lelaki dan mempunyai seorang Guru Penolong PPKI. Pembantu Penyelaras Murid adalah seramai 7 orang.
Bilangan pelajar adalah seramai 136 orang termasuk prasekolah pendidikan khas . Bilangan pelajar lelaki seramai 99 orang dan pelajar perempuan seramai 37 orang.
Bilangan pelajar Melayu adalah seramai 44 orang lelaki dan 15 orang pelajar perempuan. Pelajar Cina adalah seramai 35 orang pelajar lelaki dan 16 orang pelajar perempuan, pelajar India pula adalah seramai 19 orangn pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan manakala lain-lain bangsa adalah seramai 3 orang.