Persatuan
Pendidikan Khas Daerah Klang julung kalinya mengadakan Karnival
terbesar pada tahun ini iaitu Karnival Pendidikan Khas Daerah Klang.
Karnival yang menghimpunkan sejumlah gerai jualan, permainan, pemeran,
persembahan dan hiburan ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Batu
Unjur Klang pada 9 September 2012. Karnival ini melibatkan seluruh
sekolah di Daerah Klang yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi. Karnival diadakan bertujuan mengisi tabung Pendidikan Khas
Daerah Klang. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAD Dato' Abdul Ghani bin Pateh Akhir (Orang Besar Daerah Klang).
Thursday, September 6, 2012
Monday, September 3, 2012
Sambutan Hari Kemerdekaan
Oleh: Hafsham
Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah berlangsung pada 30 Ogos 2012. Sambutan diadakan bertujuan mengingatkan generasi masa kini tentang pentingnya menghargai dan mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi.
Tahun ini merupakan tahun ke 55 negara Malaysia Mencapai kemerdekaan.Ianya merupakan satu tempoh yang agak lama. Negara kita telah dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Dengan adanya pengorbanan orang terdahulu di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan maka hari ini kita berada dalam keadaan aman, makmur dan selesa. Tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah "Janji Ditepati". Mensyukuri apa yang telah dikecapi dan membalas apa yang telah diberi.
Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah ini telah sekolah disambut agak meriah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar dan ucapan perasmian oleh En Hafizi Afendy bin Mohd Zain selaku Yang Di Pertua PIBG SK Batu Unjur. Gimik Perasmian telah dilakukan dengan melepaskan beberapa ekor burung daripada sangkar sebagai simbolik kepada kebebasan. Kemudian murid-murid telah menyanyi bersama-sama lagu lagu patriotik.
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada murid-murid, antaranya deklamasi sajak, koir, boria, persembahan perkusi dan tarian. Persembahan yang diadakan telah menyerlahkan bakat murid-murid. Selepas rehat acara diteruskan dengan pertandingan mewarna. Hadiah pemenang telah disampaikan pada perhimpunan pagi Isnin.
Tuesday, August 14, 2012
Selamat Hari Raya
PPKI SK Batu Unjur mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada murid-murid, guru,PPM ibubapa serta seluruh warga SK Batu Unjur. Semoga berbahagia di hari raya.
Sumbangan duit raya
Murid- murid PPKI SK Batu Unjur hari ini menerima duit raya
daripada guru-guru pendidikan khas sempena hari raya. Terdahulu murid-murid
yatim dan miskin menerima sumbangan daripada Badan kebajikan sekolah. Semoga
dengan sumbangan kecil ini mampu menggembirakan anak-anak murid kami bagi menyambut hari Lebaran.
Monday, August 13, 2012
Pelancaran Bulan Kemerdekaan PPKI SKBU 2012
Oleh: Masitah Zakaria
Program
Pendidikan Khas Integrasi SKBU telah mengadakan Sambutan Pelancaran Bulan
Kemerdekaan yang diadakan di dataran PPKI yang berlangsung pada 3 Ogos yang
lalu. Sambutan ini disertai oleh murid-murid pendidikan khas, pembantu pengurusan
murid dan semua guru PPKI.Sambutan ini diadakan bertujuan untuk menerap
nilai-nilai semangat patriotik di dalam jiwa murid-murid dan menanam sikap
cintakan negara Malaysia.
Majlis
ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan dimulai dengan ucapan alu-aluan yang
dipengerusikan oleh En. Mohd Ruzaiman bin Abdullah Halim.Majlis diteruskan lagi
dengan ucapan tuan guru besar iaitu En. Hud bin Abdul Ghani. Beliau memberi
pesanan kepada murid-murid agar menyayangi negara Malaysia dan bersyukur kerana
hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Seterusnya, beliau mendoakan
kesejahteraan murid-murid pendidikan khas dan merasmikan majlis pelancaran
kemerdekaan. Suasana bulan kemerdekaan lebih meriah lagi dengan nyanyian 5 buah lagu dimulai lagu
Negaraku, 1 Malaysia, Jalur Gemilang, Malaysia Berjaya, Tanggal 31 dan 1
Malaysia. 
Semua
guru, PPM dan murid menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat dan berjiwa
patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Lagu yang dinyanyikan bertujuan untuk
mewujudkan rasa bangga dalam diri murid-murid menjadi rakyat Malaysia dan
mengetahui bahawa Malaysia sudah mencapai kemerdekaan yang 55 pada tahun ini.
Setelah nyanyian lagu patriotik dinyanyikan, maka berakhirlah majlis perasmian
bulan kemerdekaan. Aktiviti yang terakhir ialah senamrobik yang dibimbing oleh
Pn. Rofida bt Abu Bakar, Pn. Nora bt Nordin dan Pn. Norazilah binti Abdull
Latif. Aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan selain mengeratkan
silaturahim antara murid- murid pendidikan khas dan juga guru. Sambutan bulan
kemerdekaan ini tamat pada pukul 8.30 pagi dan semua guru bersurai masuk ke
kelas masing-masing.Wednesday, August 8, 2012
Sumbangan SMPKV
Oleh: Rohaslida Omar

Pada 31 Julai yang lalu, Program
Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Batu Unjur (SKBU) telah menerima
sumbangan barang-barang terpakai daripada Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional (SMPKV) Seksyen 17, Shah Alam. Kerjasama yang amat menggalakkan dan
membanggakan telah diberikan oleh Pegawai Aset SMPKV iaitu Puan Nadiah binti
Shafie dan guru-guru SMPKV khasnya guru-guru daripada Bengkel Jahitan dan
Kursus Juru Bina Bangunan dan Kursus Pembuat Perabot.

Barang-barang
yang disumbangkan berupa barangan perabot dan peralatan elektrik seperti kerusi
beroda tanpa lengan, meja kerja lukis pelan,
stepping, simen fero, kerusi kuliah dan mesin jahit. Diharap barangan yang
disumbangkan dapat memperkasakan lagi PPKI SKBU dan membantu murid-murid di
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Jutaan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Pengetua dan
guru-guru SMPKV, pelajar-pelajar Kursus Juru Bina Bangunan & Pembuat
Perabot dan guru-guru Kursus Juru Bina Bangunan, Pembuat Perabot dan Pembuat
Pakaian Wanita.
Penyampaian
cenderahati kepada wakil Pengetua SMPKV iaitu Guru Penolong Kanan Ko Kurilulum,
Encik Abu Talib bin Mat Top.
Subscribe to:
Posts (Atom)













