Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam akta pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras disemua sekolah rendah dan menengah. Pendidikan bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Bagi merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmonis juga selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa Melayu di sekolah rendah yakni melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan komunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan, maka Panitia Bahasa Melayu, Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Batu Unjur telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu 2012.
Program ini telah diadakan pada 21 hingga 24 Februari yang lalu. Program selama empat hari ini bertemakan "Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ibunda". Matlamat program ini adalah membimbing dan mempertingkat pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu bahasa terutama dari segi kesantunan dan kepersisan bahasa juaga menjadi penanda aras bagi menilai kemampuan dan pemahaman murid dalam penguasaan Bahasa Melayu.
Objektif program ini adalah:
Untuk meningkatkan kebolehan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu bagi Melancarkan kemahiran bersosial.
Memberi pendedahan dan peluang kepada murid pendidikan Khas untuk menunjukkan kemampuan serta bakat dalam setiap aktiviti yang dirancang.
Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai murni sikap positif dan semangat Patriotik bertunjangkan Bahasa Melayu. Menyemai sikap berdaya saing dan yakin diri yang tinggi dalam diri setiap murid Pendidikan Khas.
Di antara aktiviti yang dijalankan ialah teka silang kata, menyurih huruf kecil explorace dan lain- lain. Aktiviti explorace ini dapat memupuk semangat kerjasama dikalangan murid di mana murid bersama-sama menyelesaikan tugasan yang diberi.

No comments:
Post a Comment