Monday, September 24, 2012

Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas







Pada 9 Septembar 2012 yang lalu, Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas Daerah Klang telah  dilangsungkan dengan jayanya. Karnival yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid pendidikan khas akan aktiviti jualan, pameran, pertandingan dan sebagainya. Di samping itu juga karnival ini mampu membina sikap yakin diri, berani berhadapan dengan pelanggan, memupuk semangat kerja berpasukan selain dapat menambah dana persatuan. Karnival telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur. Secara tidak langsung PPKI SKBU menjadi urusetia karnival. 

Karnival ini telah dirasmikan oleh YAD Dato' Abdul Ghani Bin Pateh Akhir ( Dato' Setia Diraja) Dato'Orang Kaya Maha Bijaya (Orang Besar Daerah Klang) Beliau merupakan penaung kepada Karnival ini.  Acara perasmian telah dijalankan dengan sangat meriah di mana pengunjung dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dan persembahan istimewa pertunjukan paragliding yang didatangkan khas dari  Majlis Perbandaran Klang (MPK).


Karnival ini melibatkan seluruh sekolah di dalam Daerah Klang yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi. Pelbagai Aktiviti, permainan, pameran dan gerai jualan terdapat sepanjang karnival dijalankan. Di antara gerai yang mendapat sambutan daripada pengunjung ialah gerai urut refleksologi.  Gerai tersebut telah dikendalikan oleh SMK Kampung Jawa. Tidak kurang juga gerai-gerai berbentuk permainan, pengunjung tidak putus putus sehingga kesaat akhir. Selain Itu rumah hantu dan gerai haiwan exotik juga mendapat sambutan hangat. PPKI SK Batu Unjur tidak Ketinggalan turut serta memeriahkan karnival dengan membuka gerai jualan makanan. Antara makanan yang dijual digerai kami ialah laksa, rojak buah, minuman, mee hoon sup dan sebagainya. 

Karnival ini turut melibatkan pameran Polis DiRaja Malaysia, serta badan-badan korporat antaranya, Bank Simpanan Nasional, RHB Bank, Maybank dan lain-lain. Bank-bank turut mengadakan promosi seperti Pinjaman Peribadi, membuka akaun secara percuma dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment