Friday, October 12, 2012

Lawatan ke kidzania

Oleh: Jamiah binti Tamat

Kidzania Kuala Lumpur

Kidzania Kuala Lumpur yang terletak di Mutiara Damansara telah menjadi pilihan Program Pendidikan Khas SK Batu Unjur bagi program lawatan kali kedua pada 3 September 2012. Seramai 34 orang murid pendidikan khas telah menyertai lawatan ini. 

Lawatan kali ini ini agak berbeza kerana disertai juga oleh murid-murid aliran perdana dan juga murid-murid prasekolah aliran perdana. Jumlah penyertaan bagi lawatan kali ini adalah seramai 124 orang murid dan diiringi seramai 46 orang guru dna pembantu pengurusan murid (PPM).

Seawal 8 pagi murid-murid dan guru berkumpul di dataran sekolah bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cik Suraiya Aziz. Setelah itu, kami ebrtolak ke Kidzania Kuala umpur dengan menaiki 3 buah bas sekolah.  setibanya di Kidzania, kami disambut dengan mesra oleh pegawai yang bertugas dan setiap murid, gugu dan PPM dipakaikan dengan tanda pengenalan pelawat.

Kami memasuki ruangan aktiviti di Kidzania dan di sinilah bermulanya keseronokan beraktiviti di kalangan murid.  Setiap murid diberi check Kidzo iaitu matawang bagi Kidzania sebanyak 50 Kidzo.  Murid-murid perlu memasuki ruangan simulasi penukaran check kepada matawang kidzo di stesen bank CIMB. Setelah itu, barulah murid-murid dibenarkan menggunakan matawang Kidzo tersebut untuk membeli barangan atau menyertai aktiviti di stesen-stesen terpilih dengan jumlah wang yang sedia ada. Setiap penukaran check tersebut murid diberi sebanyak  sekeping 20 Kidzo, 2 keping 10 Kidzo, 1 keping 5 Kidzo dan 5 keping 1 Kidzo yang membawa jumlah 50 Kidzo.

Apa yang lebih menarik, terdapat stesen yang memberikan khidmat yang mana, murid-murid perlu bekerja untuk mendapatkan tambahan Kidzo. Sebagai contoh, murid yang memilih untuk bekerja sebagai ahli bomba akan melakukan simulasi memadam kebakaran.  setelah itu, murid ini diberi sebanyak 10 Kidzo sebagai gaji setelah penat bekerja. terdapat beberapa stesen yang menawarkan gaji setelah penat bekerja seperti posmen, jurutera elektrik, pembaca berita, penyampai radio dan beberapa pekerjaan ain.  Berbeza pula dengan stesen yang peru membayar sejumlah Kidzo untuk bekerja tetapi murid diberi hasil kerja selepas melakukan aktiviti dijalankan. Sebagai contoh, murid bekerja di stesen Marry Brown yang mana mruid perlu membayar sejumlah wang Kidzo dan kemudia bekerja dengan membuat burger Marry Brown. Hasi akhir iaitu murid diberi burger yang telah dibuat sendiri sebagai upah bekerja.

Kidzo yang diperolehi oleh murid boleh ditukarkan dalam bentuk cenderahati di stesen yang terpilih.  Murid juga boleh membeli gambar mereka di stesen yang ditetapkan sebagai kenang-kenangan.  Terdapat kedai cenderahati disediakan bagi pelawat untuk membeli cenderahati di Kidzania.

Aktiviti di Kidzania ini banyak memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri simulasi pekerjaan-pekerjaan yang terdpat di Malaysia. Di samping itu, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru iaitu kepelbagaian jenis pekerjaan yang mungkin boleh dijadikan sebagai cita-cita mereka untuk mereka berjaya di masa hadapan.