Oleh: Hafsham Rohmat
Tahun ini merupakan tahun keempat PPKI SK
Batu Unjur menganjurkan Program Tautan kasih. Program yang berkonsepkan hari
Keluarga dan Sukaneka ini merupakan aktiviti tahunan yang telah dijalankan
semenjak tahun 2007. Program ini dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka
dan melibatkan semua murid Pendidikan Khas tanpa mengira masalah. Ia juga turut
melibatkan ibubapa, guru serta kakitangan SKBU. Program ini dilihat mampu
menjalinkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang di antara murid guru dan
ibubapa. Program ini juga dapat mencabar kebolehan murid Pendidikan Khas
sekaligus dapat mencungkil bakat murid dalam bidang sukan. Ia merupakan
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di
samping itu, Program Tautan Kasih ini dapat memberi peluang kepada murid-murid
Pendidikan Khas untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. Seterusnya, dapat
membimbing murid-murid berkeperluan khas berdikari. Sehubungan itu, Program
Tautan Kasih PPKI SK Batu Unjur, Klang yang direncanakan ini, akan dapat
mengaspirasikan semangat murid berkeperluan khas untuk lebih maju dalam bidang
sukan.


Pada Tautan Kasih kali ini PPKI telah
menganugerahkan tokoh kokurikulum lelaki kepada Adik Muhammad Hafizi bin Alias
dan tokoh Kokurikulum Perempuan Kepada Adik Izzah Atirah binti Sazali. Anugerah
ini bertujuan menghargai sumbangan murid tersebut di dalam aktiviti kokurikulum
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Demi mengembangkan bakat dan potensi murid
dalam bidang kokurikulum, “Program Tautan Kasih” yang bercorak sukaneka ria ini
diharap dapat mencungkil bakat dan menyerlahkan potensi mereka dalam bidang
kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) serta mewujudkan
hubungan kerjasama yang erat di kalangan
guru, murid pendidikan khas, ibu bapa dan penjaga.
No comments:
Post a Comment