Showing posts with label Berita semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita semasa. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Pelancaran Fischer Tip


Seramai 6 orang murid dan 3 orang guru PPKI SK Batu Unjur telah dijemput menghadiri majlis pelancaran produk terbaru syarikat Race Robotic Sdn. Bhd. pada 26 September yang lalu. Dia antara produk diperkenalkan ialah Fischer Tip dan Eco-Smart yang merupakan papan digital pintar .Ficher tips merupakan permainan kreatif yang dihasilkan daripada kanji kentang. Ianya selamat digunakan oleh pelbagai peringkat umur kanak-kanak kerana ia tidak menggunakan bahan kimia di dalam pembuatannya.   Race Robotic Sdn. Bhd. merupakan pengedar tunggal Fisher Tip di Malaysia. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh  Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail bertempat di Hotel Premiere, Klang. Di dalam pelancaran tersebut, murid-murid PPKI SK Batu Unjur telah diberi peluang untuk menggunakan permainan Fisher Tips bagi menghasilkan hasil kerja mengikut kreativiti masing-masing. 
 

Wednesday, September 26, 2012

Tahniah


PPKI SK Batu Unjur telah mendapat hadiah bagi jualan kupon tertinggi sempena Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas yang berlangsung pada 9 September yang lalu. Hadiah berbentuk hamper telah disampaikan oleh pegawai  sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta, Pejabat Pelajaran Daerah Klang, En Ahmad Zaini bin Bakar. Karnival yang berlangsung telah dianggap berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Manakala  bagi menghargai PPKI SK Batu Unjur sebagai penganjur Karnival, Persatuan Pendidikan Khas Daerah Klang telah menghadiahkan cek sebanyak RM500. Hadiah telah disampaikan kepada En. Hud bin Abd Ghani, guru besar SK Batu Unjur sempena mesyuarat Pendidikan Khas di Pejabat Pelajaran Daerah Klang. Tahniah diucapkan......

Tuesday, July 24, 2012

Laman PPKI Didada Majalah.

Tahniah PPKI SK Batu Unjur kerana Menghiasi majalah Bintang Kecil dalam slot Skoolista keluaran 15 Julai 2012.

Thursday, May 31, 2012

Arnab





PPKI SK Batu Unjur semalam telah menerima sumbangan dalam bentuk haiwan peliharaan daripada En. Anuar bin Buang dan isteri Pn Zaiwiah bt. Sahlan. Sebanyak 14 ekor arnab telah disumbangkan untuk dipelihara bagi tujuan pembelajaran. Beliau turut menyumbangkan rumah bagi menempatkan arnab tersebut. Menurut En. Azri ketua panitia kemahiran hidup "kami menyambut baik apa jua bentuk sumbangan daripada orang perseorangan mahupun korporat, dengan sumbangan arnab ini, ia dapat dijadikan p&p dan juga terapi kepada murid-murid berkeperluan khas"

Klik sini untuk mengetahui cara penjagaan arnab

Tuesday, May 29, 2012

Cuti....

Cuti pertengahan penggal telah bermula mulai 25 Mei sehingga 9 Jun 2012. Kami mengucapkan selamat bercuti kepada pelajar-pelajar dan guru-guru PPKI Daerah Klang.

Sunday, May 27, 2012

Khidmat Bantu Sekolah Teknik Klang di PPKI SK Batu Unjur.


Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Batu Unjur (PPKI SKBU) telah mengadakan kerjasama bersama pelajar Binaan Bangunan Sekolah Menengah Teknik Klang bagi menaik taraf Taman PPKI SK Batu Unjur. Kerjasama yang julung kali diadakan bertujuan menjalin hubungan antara dua sekolah yang berjiran. PPKI SKBU telah diketuai oleh ketua panitia kemahiran hidup En Azri bin Bahari. Manakala Sekolah Teknik Klang diketuai oleh guru Binaan Bangunan En Rosli bin Hussin.
Kerjasama ini melibatkan kerja-kerja membina tapak menanam bunga, membina Pagola, membina laluan refleksologi dan kerja-kerja lanskap. Progam jalinan kerjasama ini diadakan selama dua hari iaitu pada 26 dan 26 April 2012. Program yang julung kali diadakan ini merupakan rintis kepada kerjasama yang lebih erat di antara PPKI SKBU dan pihak luar. Semoga usaha ini dapat diteruskan kerana ia memberi kabaikan dan keuntungan kepada banyak pihak.