PPKI SK Batu Unjur telah mendapat hadiah bagi jualan kupon tertinggi sempena Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas yang berlangsung pada 9 September yang lalu. Hadiah berbentuk hamper telah disampaikan oleh pegawai sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta, Pejabat Pelajaran Daerah Klang, En Ahmad Zaini bin Bakar. Karnival yang berlangsung telah dianggap berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Manakala bagi menghargai PPKI SK Batu Unjur sebagai penganjur Karnival, Persatuan Pendidikan Khas Daerah Klang telah menghadiahkan cek sebanyak RM500. Hadiah telah disampaikan kepada En. Hud bin Abd Ghani, guru besar SK Batu Unjur sempena mesyuarat Pendidikan Khas di Pejabat Pelajaran Daerah Klang. Tahniah diucapkan......
Showing posts with label tahniah. Show all posts
Showing posts with label tahniah. Show all posts
Wednesday, September 26, 2012
Tahniah
PPKI SK Batu Unjur telah mendapat hadiah bagi jualan kupon tertinggi sempena Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas yang berlangsung pada 9 September yang lalu. Hadiah berbentuk hamper telah disampaikan oleh pegawai sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta, Pejabat Pelajaran Daerah Klang, En Ahmad Zaini bin Bakar. Karnival yang berlangsung telah dianggap berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Manakala bagi menghargai PPKI SK Batu Unjur sebagai penganjur Karnival, Persatuan Pendidikan Khas Daerah Klang telah menghadiahkan cek sebanyak RM500. Hadiah telah disampaikan kepada En. Hud bin Abd Ghani, guru besar SK Batu Unjur sempena mesyuarat Pendidikan Khas di Pejabat Pelajaran Daerah Klang. Tahniah diucapkan......Tuesday, May 29, 2012
Tahniah
![]() |
| Klang A |
![]() |
| Klang B |
![]() |
| Bola Jaring |
Belum terlambat PPKI SKBU mengucapkan tahniah kepada guru-guru PPKI SK Batu Unjur yang mewakili Daerah Klang dalam futsal dan bola jaring di Karnival Futsal & Bola Jaring Guru-Guru Pendidikan Khas Negeri Selangor 2012. Karnival telah berlangsung pada 19 Mei 2012 bertempat di The Real Futsal Arena, Telok Gadung. Daerah Klang telah menjadi naib johan dalam kedua-dua acara tersebut. Tahniah kepada En. Saiful Azam Khoo Abdullah, En. Hafsham Rohmat yang mewakili futsal Klang A dan Klang B. Tahniah juga kepada Cik Suraiya Aziz dan Pn Hasmini Mokhtar yang mewakili bola jaring.
Subscribe to:
Posts (Atom)



