PPKI SKBU mengucapkan Selamat berpuasa kepada guru-guru, murid, PPM, ibubapa dan seluruh warga SK Batu Unjur. Semoga Ramadhan ini mendidik jiwa..
Thursday, July 19, 2012
Wednesday, July 18, 2012
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011
Sunday, July 15, 2012
Terima kasih MPJBT
PPKI SK Batu Unjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah kerana sudi menyumbang pokok-pokok bunga untuk menceriakan Laman PPKI SKBU. MPJBT merupakan johan keseluruhan pertandingan lanskap Sempena Floria 2012 di Putrajaya. Pokok yang dusumbangkan merupakan pokok yang digunakan untuk menghias lanskap Floria 2012.
PPKI SK Batu Unjur menerusi En. Azri Bahari telah menyerahkan surat dan sijil penghargaan kepada wakil MPJBT En. Azman Juher. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kami yang sedang giat memperkasakan PPKI SKBU.
1 MURID 1 SUKAN
Program senamrobik 1 Murid 1 Sukan telah dijalankan serentak di semua sekolah seluruh negara pada 10 julai yang lalu. Sekolah kebangsaan Batu Unjur tidak terkecuali terlibat dalam program ini. Program ini melibatkan semua murid termasuk Prasekolah dan Pendidikan Khas. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, doa dan ucapan perasmian oleh tuan guru besar SK Batu Unjur, En Hud bin Abdul Ghani.
Senamrobik 1Murid 1Sukan (1M1S) yang merupakan salah satu aktiviti
dalam Bulan Kecergasan dijalankan serentak di semua sekolah seluruh
negara. Aktiviti tersebut yang bertujuan
untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan murid
sekolah turut dilaksanakan untuk merekodkan catatan Malaysia Book of
Records dalam kategori "Largest Simultaneous Participation of School
Students in an Aerobic Session".
Wednesday, July 4, 2012
Perkhemahan Motivasi Pendidikan Khas Integrasi 2012
Oleh: Jamiah Tamat
Perkhemahan motivasi pendidikan khas telah dijalankan pada 27 & 28 Jun lalu di Taman Botani Negara Shah Alam. Penyertaan murid seramai 29 orang dan dan dipantau oleh 28 orang guru dan 8 orang pembantu pengurusan murid sebagai fasilitator. Program perkhemahan tahunan anjuran Unit Kokurikulum PPKI SK batu Unjur ini merupakan kali kelima sejak ianya diadakan pada tahun 2008. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang perkhemahan ini dilaksanakan.
Perkhemahan motivasi pendidikan khas telah dijalankan pada 27 & 28 Jun lalu di Taman Botani Negara Shah Alam. Penyertaan murid seramai 29 orang dan dan dipantau oleh 28 orang guru dan 8 orang pembantu pengurusan murid sebagai fasilitator. Program perkhemahan tahunan anjuran Unit Kokurikulum PPKI SK batu Unjur ini merupakan kali kelima sejak ianya diadakan pada tahun 2008. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan sepanjang perkhemahan ini dilaksanakan.
Pada hari pertama murid dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diberi tugasan untuk mencipta logo dan menamakan kumpulan. Seterusnya murid membuat pembentangan hasil tugasan mereka. Pada waktu petang, fasilitator dan peserta berada dalam kumpulan bagi membincangkan persembahan untuk Malam Seribu Bintang. Setelah makan tengah hari, peserta didedahkan dengan Terapi Alam yang mana setiap kumpulan bersama-sama fasilitator melalui trek laluan jalan tar di sekitar Taman Botanik Negara Shah Alam sambil menikmati panorama alam. Di sini, peserta ditugaskan untuk mencatat tumbuhan dan haiwan yang dilihat di sepanjang perjalanan tersebut.
Keupayaan fizikal dan mental peserta semakin tercabar apabila di waktu senja hujan turun dengan lebat berserta kilat. Namun atas kerjasama urusetia, fasilitator dan juga keyakinan para peserta, segala masalah yang timbul semasa hujan dapat diatasi dengan baik. Selepas solat Isyak, hujan semakin reda dan peserta dihidangkan dengan makan malam barbeque yang sungguh lazat.
Selepas makan malam, para peserta, fasilator dan urusetia menyertai Malam Seribu Bintang. Di sini bakat peserta dapat dicungkil dan mereka sangat terbuka dalam membuat persembahan. Fasilitator dan urusetia juga turut membuat persembahan mengikut kreativiti masing-masing. Malam Seribu Bintang berakhir pada jam 11.30 malam, semua peserta dan fasilitator berehat untuk aktiviti pada keesokan harinya.
Setiap kali program perkhemahan motivasi seperti ini dijalankan program keagamaan tidak dilupakan. Setiap peserta diwajibkan solat berjemaah sepanjang perkhemahan berlangsung. Ia bertujuan mendidik murid berkeperluan khas ini memahami tanggung jawab mereka sebagai insan. Dalam tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Hafsham murid diingatkan agar mentaati Allah dan Rasul serta menjadi anak yang baik dengan mendengar nasihat ibubapa.
Seawal jam 7 pagi selepas solat Subuh, semua guru dan murid berkumpul untuk aktiviti senamrobik. Selepas bersarapan, aktiviti selanjutnya dilaksanakan iaitu Jalinan Kasih dan Mix & Match. Setiap murid dan guru perlu bekerjasama bagi memastikan kumpulan masing-masing berjaya. Dapat dilihat fasilitator dan peserta dapat berinteraksi dengan baik dan menjalin kemesraan yang kukuh.
Seawal jam 7 pagi selepas solat Subuh, semua guru dan murid berkumpul untuk aktiviti senamrobik. Selepas bersarapan, aktiviti selanjutnya dilaksanakan iaitu Jalinan Kasih dan Mix & Match. Setiap murid dan guru perlu bekerjasama bagi memastikan kumpulan masing-masing berjaya. Dapat dilihat fasilitator dan peserta dapat berinteraksi dengan baik dan menjalin kemesraan yang kukuh.
Pada jam 11 pagi semua peserta dan fasilitator berkumpul untuk acara Majlis Perasmian Penutupan Perkhemaham Motivasi dan juga penyampaian hadiah. Majlis penutupan perasmian ini dilaksanakan oleh En. Amer Hafizi bin Abdul Halim selaku Naib Yang Dipertua PIBG SK Batu Unjur. Dalam ucapannya beliau memuji ketabahan dan semangat murid-murid pendidikan khas dalam menjayakan perkhemahan ini. Turut serta pada majlis penutupan ini ialah Pn. Arba,ayah binti Jailani Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas. dan Pn. Azizah binti Abdul Ghani selaku AJK PIBG SK Batu Unjur bagi memeriahkan majlis tersebut.Bagi perkhemahan kali ini peserta terbaik lelaki telah diberi kepada adik Muhammad Syahmi Abid bin Azri, manakala peserta terbaik perempuan pula dianugerahkan kepada adik Izzah Athirah bt Sazali. Pemilihan peserta terbaik dinilai melalui aspek tanggungjawab dan kepimpinan.
Perkhemahan Motivasi ini adalah sebagai salah satu daripada “benchmark” PPKI SK Batu Unjur yang mana ia adalah acara tahunan yang dirancang dan dilaksanakan untuk murid-murid pendidikan khas. Melalui perkhemahan ini, murid dapat belajar melalui pengalaman mereka di luar bilik darjah, memupuk semangat kerjasama, menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran dan meningkatkan keyakinan diri.
Kredit layak diberikan kepada setiausaha kokurikulum PPKI SKBU Cik Jamiah Tamat, Encik Azri Bahari yang banyak berusaha mendapatkan penaja-penaja program kali Ini, serta seluruh jawatankuasa yang bersama-sama menggembeling tenaga mejayakan program ini. Tidak lupa juga kepada para penaja antaranya SM Vokasional Pendidikan Khas, Shah Alam yang telah menyumbang pengangkutan untuk membawa murid ke Taman Botani Negara. Les Copaque, Roti Gardenia, PIBG SK Batu Unjur, A'dlu Services, Right Brain Advertising dan lain-lain. Diharapkan dengan kerjasama yang erat ini akan dapat melonjakkan PPKI SKBU ke mercu gemilang.
Kredit layak diberikan kepada setiausaha kokurikulum PPKI SKBU Cik Jamiah Tamat, Encik Azri Bahari yang banyak berusaha mendapatkan penaja-penaja program kali Ini, serta seluruh jawatankuasa yang bersama-sama menggembeling tenaga mejayakan program ini. Tidak lupa juga kepada para penaja antaranya SM Vokasional Pendidikan Khas, Shah Alam yang telah menyumbang pengangkutan untuk membawa murid ke Taman Botani Negara. Les Copaque, Roti Gardenia, PIBG SK Batu Unjur, A'dlu Services, Right Brain Advertising dan lain-lain. Diharapkan dengan kerjasama yang erat ini akan dapat melonjakkan PPKI SKBU ke mercu gemilang.
Saturday, June 30, 2012
Tahniah.....
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan nasyid PPKI SK Batu Unjur yang memenangi tempat ketiga pada pertandingan nasyid sempena Majlis Tilawah Al Quran (MTQ) Peringkat Daerah Klang 2012. Pertandingan berlangsung pada 21 Jun yang lalu bertempat di SMK Meru.
Walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran pada kali ini, namun peserta telah memberikan saingan dan persembahan bersungguh-sunguh. Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Hasmini Mokhtar dan Pn. Salmee Suhana Md Yusof. Ahli kumpulan terdiri daripada Muhammad Hafizi Alias, Muhammad Iznol Sallas, Muhammad Syahmi Abid, Muhammad Zarif Ikhwan, Luqman Hakeem, Muhammad Shahzwan, Sufian Poon dan Muhammad Arsyad.
Selain itu PPKI SKBU turut menghantar beberapa orang peserta bagi pertandingan Azan Subuh, Tilawah Al Quran, Hafazan, dan bercerita Kisah dari Al Quran.
Umrah
Pengalaman menunaikan Umrah merupakan pengalaman serta detik-detik yang
paling indah dan bermakna dalam diri kita. Perjalanan dalam mengerjakan
ibadah Umrah untuk mencari keredhaan Ilahi sering diakhiri dengan azam
yang mahu kembali semula ke Tanah Suci.
Perjalanan
dari Malaysia ke Lapangan Terbang Jeddah mengambil masa selama 9 jam
tidaklah berasa begitu lama. Sama seperti insan yang lain, perasaan
saya bercampur baur untuk pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci
selain diselubungi rasa takut, gemuruh dan berdebar-debar. Mungkin
perasaan itu hadir disebabkan terlalu banyak membaca dan mendengar
kisah-kisah benar individu yang pantas menerima dugaan dan mendapat
balasan Allah atas kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan.
Daripada
Lapangan Terbang Jeddah, saya terus ke Makkah Al-Mukarramah untuk
menunaikan ibadah Umrah. Pertama kali menjejakkan kaki ke Masjidil
Haram, terasa sebak dan tak pernah terfikir akan mampu pergi ke sana
untuk menjadi tetamu Allah. Alhamdulilah. Umrah juga dipanggil 'Haji
Kecil' yang bererti mengunjungi Kaabah dan melakukan ibadah yang
terdiri daripada niat, ihram, tawaf, saie dan bertahallul. Ia boleh
dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun.
Niat
Ihram hanya boleh dilakukan di Miqat sahaja. Selain berihram, jemaah
perlu mengerjakan tawaf iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali.
Selasai tawaf, saya terus ke belakang Makam Ibrahim yang dikatakan
tempat mustajab untuk berdoa. Selesai menunaikan tawaf, diikuti pula
dengan saie sebanyak tujuh kali dari Bukit Safa ke Bukit Marwah
kemudian diakhiri dengan bertahallul iaitu bercukur atau menggunting
rambut sekurang-kurangnya tiga helai bagi menandakan bebas daripada
Ihram. Ibadah Umrah yang khusyuk banyak mendekatkan diri kita kepada
Pencipta yang mencipta seluruh alam semesta.
Sembilan
hari di Makkah tidak terasa lamanya. Kemudian, saya meneruskan
perjalanan ke Kota Madinah. Perjalanan dari Kota Makkah ke Kota Madinah
mengambil masa selama 8 jam dengan menaiki bas. Pertama kali menjejakkan
kaki ke Kota Madinah mendekatkan diri kita kepada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW yang amat dikasihi dan dicintai. Kota Madinah begitu aman,
damai dan tenteram. Tempat mustajab berdoa di Madinah adalah Raudhah.
Raudhah letaknya di antara rumah Rasulullah SAW sehingga mimbar. Raudhah
juga ditandai dengan hamparan karpet berwarna hijau. Kawasan ini
terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan bagi jemaah lelaki dan
jemaah wanita. Melawat Raudhah dan memberi salam serta selawat ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW menginsafkan kita umat baginda yang
begitu kerdil sekali.
Subscribe to:
Posts (Atom)










