Tahniah PPKI SK Batu Unjur kerana Menghiasi majalah Bintang Kecil dalam slot Skoolista keluaran 15 Julai 2012.
Tuesday, July 24, 2012
Sunday, July 22, 2012
Minggu Pendidikan Islam
Oleh: Samsiah Jamaludin
Program KEM BESTARI SOLAT PPKI 2012 telah dilaksanakan pada hari Rabu, 11 Julai 2012. Pelajar beragama Islam berkumpul di dataran terbuka bersama guru-guru yang terlibat. Semua murid yang beragama Islam dibimbing oleh guru-guru yang telah dilantik untuk mengendalikan program ini mengikut kebolehupayaan murid tersebut.
Program KEM BESTARI SOLAT PPKI 2012 telah dilaksanakan pada hari Rabu, 11 Julai 2012. Pelajar beragama Islam berkumpul di dataran terbuka bersama guru-guru yang terlibat. Semua murid yang beragama Islam dibimbing oleh guru-guru yang telah dilantik untuk mengendalikan program ini mengikut kebolehupayaan murid tersebut.
Pengisian program disusun mengikut
tahap penguasaan dan kebolehan murid-murid berpendidikan khas ini. Berikut
adalah pengisian yang dibuat mengikut tahap keupayaan murid-murid tersebut.
Murid -murid dipertontonkan dengan
kisah nabi-nabi dan kisah-kisah tauladan
versi kartun untuk menarik minat mereka. Selain itu, diadakan aktiviti mewarna
gambar dan seterusnya murid-murid dibawa oleh guru-guru mengelilingi sekolah.
Ia bertujuan untuk memperlihatkan kepada mereka akan benda hidup ciptaan Allah
dan benda bukan hidup ciptaan manusia.
Aktiviti lain yang dilaksanakan
adalah seperti bacaan yassin dan tahlil serta solat dhuha beramai-ramai.
Kemudian murid juga diajar dan diberi bimbingan tentang amali solat iaitu
amali wuduk dan amali solat oleh
guru-guru.
Kem Bestari
Solat adalah sebahagian daripada program jQAF yang dilaksanakann di Program
Pendidikan Khas Integrasi. Diharap pelaksanaan program ini di Kelas pendidikan Khas akan
memberi kesan positif kepada murid-murid berkeperluan khas dalam meningkatkan
pengetahuan mereka tentang
perintah Allah dan RasulNya.
Minggu Pendidikan Seni & Kemahiran Manipulatif
Oleh: Masitah Zakaria & Rohaslida Omar
Minggu Panitia Pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif diadakan untuk
meningkatkan keyakinan diri dalam pengajaran dan pembelajaran
secara kreatif dan sistematik bagi mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Ia telah diadakan pada 19hb Jun 2012 (Selasa) dan 20hb Jun 2012 (Rabu).
Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan untuk murid-murid bagi Program
Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah kebangsaan Batu Unjur . Program ini
bertemakan “Berkarya dan berkreativiti sambil bergembira”.
OBJEKTIF
Diantaranya
objektif yang hendak dicapai ialah :
- Aktiviti ini sebagai salah satu proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal.
- Memberi peluang kepada mereka untuk berkarya dan berimaginasi mengikut kreativiti mereka sendiri.
- Memupuk semangat keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru.
- Melatih murid berdisiplin, bekerjasama dan yakin kepada diri sendiri semasa aktiviti dijalankan.
KUMPULAN SASARAN
Program ini disertai oleh murid istimewa dan dibimbing oleh 11 orang guru
Panitia Pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif pendidikan khas.
BUTIRAN PROGRAM
HARI
|
MASA
|
ATURCARA/AKTIVITI
|
FASILITATOR
|
7.30-8.00AM
|
TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN
|
PUAN MASITAH
|
|
CIK ROHASLIDA
|
|||
SELASA
|
8.00-9.30AM
|
TAHAP 1 (RENDAH)
|
|
- ANYAMAN TIKAR
|
PUAN WIRAWATI
|
||
19-Jun-12
|
EN SAIFUL AZAM
|
||
TAHAP 2 (SENDERHANA & TINGGI)
|
|||
- PUALAMAN / MABLING
|
EN HAFSHAM
|
||
|
|
CIK ROHASLIDA
|
||
9.30-10.00AM
|
REHAT
|
||
10.00-10.30AM
|
TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN
|
PUAN MASITAH
|
|
CIK ROHASLIDA
|
|||
10.30-12.15AM
|
TAHAP 1 (RENDAH)
|
||
MEMBUAT PLAYDOH
|
PN NURRAZWANA
|
||
|
|
PN NEELAMBIGAI
|
||
TAHAP 2 (SENDERHANA & TINGGI)
|
|||
CATAN
|
EN HAFSHAM
|
||
TEMA : ALAM SEMULAJADI
|
PN RAMLAH
|
||
7.30-8.00AM
|
TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN
|
PUAN MASITAH
|
|
RABU
|
CIK ROHASLIDA
|
||
8.00-9.30AM
|
TAHAP 1 (RENDAH)
|
||
20-Jun-12
|
- KAD CANTUM
|
PUAN MASITAH
|
|
CIK SURAIYA
|
|||
TAHAP 2 (SENDERHANA & TINGGI)
|
|||
- PENANDA BUKU
|
EN SAIFUL AZAM
|
||
PN NURRAZWANA
|
|||
9.30-10.00AM
|
REHAT
|
||
10.00-10.30AM
|
TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN
|
PUAN MASITAH
|
|
CIK ROHASLIDA
|
|||
10.30-12.15AM
|
TAHAP 1 (RENDAH)
|
||
KRAFTANGAN
|
PN RAMLAH
|
||
PN NEELAMBIGAI
|
|||
TAHAP 2 (SENDERHANA & TINGGI)
|
|||
JAHITAN MANIK
|
PN NORAZILAH
|
||
PN WIRAWATI
|
|||
PELAPORANAKTIVITI PERMAINAN BOLINGPROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BP)SMK DATO¶ KAMARUDDIN, BATU KURAU, PERAKTAHUN
2011DARIPADA
SMK Dato¶ Kamaruddin, 34500 Batu Kurau, Perak.
KEPADA
Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang & Selama
(U.P: En. Rustamb. Siis - Pegawai Khas Pendidikan Khas / Pemulihan Khas) PPD
LMS
PERKARA
Pelaporan Aktiviti Permainan Boling Program
Pendidikan KhasIntegrasi (BP), SMK Dato¶ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak, Tahun2011
SALINANKEPADA
Panitia Pendidikan Khas Daerah Larut Matang &
Selama
TARIKH:
7 Mac 2011
MASA:
8.30 pagi
TEMPAT:
Winners Bowls Taiping, Paras 6, Plaza Bandaran,
34000 Taiping,Perak.
Bil Perkara / Perbincangan1. Penasihat:
En.Rustam b. Siis(Pegawai Khas Pendidikan Khas /
Pemulihan Khas Daerah Larut Matang & Selama)
Pengurus:
Puan Nor Mala bt. Abdul (Penyelaras PPKI)
2. Penyertaan guru dan pelajar Guru
:
8 orang 1. Nor Mala bt. Abdul2. Zanariah bt. Zali3. Zarina bt. Mohamed Zain
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Aktiviti
Tahap 1
Anyaman
Tikar
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan
daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh
digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar,
buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Untuk aktiviti ini, murid –murid
menggunakan kertas warna yang dicantumkan membentuk anyaman . Murid – murid boleh
melakukan aktiviti mengayam dengan bantuan guru dan PPM. Melalui aktiviti ini,
ia dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan penumpuan mata dan tangan.
Membuat Play
Doh
Play Doh merupakan bahan yang digunakan untuk pergerakan kemahiran motor
halus dan juga membentuk kreativiti dan estetika kanak-kanak. Murid-murid
sangat suka dan seronok menguli tepung
membentuk doh yang pelbagai warna.Play Doh
ini selamat digunakan oleh anak-anak kerana ianya dihasilkan daripada bahan
makanan dan tidak bertoksid.
Kad cantum / Puzzle
Kad cantum merupakan salah satu
aktiviti yang digunakan untuk meningkatkan daya berfikir dan imaginasi
kanak-kanak supaya kreatif dalam penyelesaian masalah. Selain itu, aktiviti ini
dapat meningkatkan pergerakan motor halus murid-murid dengan aktiviti mewarna ,
menggunting dan melekatkan gambar dengan menggunakan gam. Murid-murid membuat
aktiviti secara berkumpulan dan dibantu oleh guru dan PPM.
Kraftangan (tampalan)
Kegiatan kraf tradisional
memperkenalkan fungsi,proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak
dan hiasan. Kraftangan yang dihasilkan ialah menggunakan teknik tampalan yang dilakukan dengan mengoyak-ngoyakkan
kertas surat khabar terpakai dan dicampurkan gam serta air.Aktiviti ini banyak
mengajar tentang kesabaran. Ia melatih supaya murid-murid lebih berhati-hati
semasa menampal lapisan kertas banyak kali dan menampal ikut turutan supaya
tidak ada bahagian yang nipis yang tebal dan tidak sekata. Apa yang boleh
diterapkan dalam aktiviti ini ialah recyclye
art iaitu suratkhabar lama pun boleh
diguna semula kalau kena caranya dan juga menggunakan pergerakan motor halus.
Aktiviti
Tahap 2
Pualaman
Teknik pualaman digunakan untuk menghasilkan corak bercat di atas kertas.
Teknik ini boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau
kompleks bergantung kepada orang yang ingin menghasilkan corak. Faktor umur bukan menjadi had untuk
mempelajari teknik ini kerana semua orang iaitu dari kanak-kanak hingga orang
dewasa boleh
menghasilkan karya seni. Semua murid dapat melakukan aktiviti ini dengan
jayanya dan menghasilkan pelbagai corak yang cantik dan menarik.
Catan – Alam Semulajadi
Catan
ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang
disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan
seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta
susunan yang terdapat pada alam sekitar.
Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk membuat rekaan corak tidak
terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu
mengikut kreativiti. Murid-murid sangat seronok dan teruja menghasilkan
kreativiti di atas kanvas dengan dibantu oleh guru.
Penanda Buku
Aktiviti membuat penanda buku ini menggunakan pualaman yang telah
dihasilkan oleh murid-murid sebelum ini. Murid-murid dapat menggunakan
pergerakan motor halus iaitu menggunting dan menampal pada kertas warna. Dengan penghasilan
penanda buku ini, akan menggalakkan murid menggunakannya setiap kali apabila
menggunakan buku teks, buku cerita dan sebagainya. Selain itu, dengan aktiviti
ini boleh memberi peluang kepada murid-murid untuk menghasilkan duit daripada
karya kreatif mereka.
Jahitan – Kain Perca
Jahitan merupakan kemahiran yang perlu
ada di dalam setiap diri masing-masing. Aktiviti ini menggunakan kain perca,
jarum gunting dan benang. Ia banyak memerlukan kesabaran dan penumpuan
individu. Jenis jahitan ialah yang paling mudah sekali iaitu jahitan jelujur
halus. Hanya beberapa orang murid sahaja yang boleh menjahit dengan dibantu
oleh guru. Sebahagian murid yang lain menggunting kain yang telah telah dibuat
bentuk bulat. Namun murid-murid dan guru sungguh teruja untuk melihat hasil
jahitan. Akhirnya hasil yang diusahakan adalah amat berbaloi dan cantik.
Aktiviti ini juga dapat memberi peluang yang cerah untuk menghasilkan duit jika
rajin .
PENILAIAN DAN PENUTUP
Penyertaan murid secara langsung atau tidak langsung di dalam aktiviti
sekolah atau di luar bilik darjah merupakan intipati dalam dunia pendidikan
khas yang perlu didedahkan kepada semua murid yang berkeperluan khas.
Sehubungan dengan itu, Minggu Panitia Pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif
dirangka bagi memastikan objektif yang disarankan tercapai. Ianya merupakan
titik tolak bagi melahirkan murid yang berupaya berdikari, mampu merancang dan
seterusnya menguruskan kehidupan seharian di masa akan datang.
Dengan adanya Minggu Panitia Pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif ini
juga diharapkan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam mengenal pasti
potensi yang ada dalam diri murid untuk dijadikan sumber dorongan ke arah
perkembangan sikap positif, mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor
halus murid, mempertingkatkan keyakinan diri murid, mempertingkatkan kemahiran
bersosial dikalangan murid dan masyarakat sekeliling serta dapat menenangkan
fikiran murid.
Thursday, July 19, 2012
Wednesday, July 18, 2012
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011
Sunday, July 15, 2012
Terima kasih MPJBT
PPKI SK Batu Unjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah kerana sudi menyumbang pokok-pokok bunga untuk menceriakan Laman PPKI SKBU. MPJBT merupakan johan keseluruhan pertandingan lanskap Sempena Floria 2012 di Putrajaya. Pokok yang dusumbangkan merupakan pokok yang digunakan untuk menghias lanskap Floria 2012.
PPKI SK Batu Unjur menerusi En. Azri Bahari telah menyerahkan surat dan sijil penghargaan kepada wakil MPJBT En. Azman Juher. Sumbangan ini sangat bermakna kepada kami yang sedang giat memperkasakan PPKI SKBU.
1 MURID 1 SUKAN
Program senamrobik 1 Murid 1 Sukan telah dijalankan serentak di semua sekolah seluruh negara pada 10 julai yang lalu. Sekolah kebangsaan Batu Unjur tidak terkecuali terlibat dalam program ini. Program ini melibatkan semua murid termasuk Prasekolah dan Pendidikan Khas. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, doa dan ucapan perasmian oleh tuan guru besar SK Batu Unjur, En Hud bin Abdul Ghani.
Senamrobik 1Murid 1Sukan (1M1S) yang merupakan salah satu aktiviti
dalam Bulan Kecergasan dijalankan serentak di semua sekolah seluruh
negara. Aktiviti tersebut yang bertujuan
untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan murid
sekolah turut dilaksanakan untuk merekodkan catatan Malaysia Book of
Records dalam kategori "Largest Simultaneous Participation of School
Students in an Aerobic Session".
Subscribe to:
Posts (Atom)









