Tuesday, August 14, 2012

Selamat Hari Raya

PPKI SK Batu Unjur mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada murid-murid, guru,PPM ibubapa serta seluruh warga SK Batu Unjur. Semoga berbahagia di hari raya.

Sumbangan duit raya




Murid- murid PPKI SK Batu Unjur hari ini menerima duit raya daripada guru-guru pendidikan khas sempena hari raya. Terdahulu murid-murid yatim dan miskin menerima sumbangan daripada Badan kebajikan sekolah. Semoga dengan sumbangan kecil ini mampu menggembirakan anak-anak murid kami bagi menyambut hari Lebaran.   

Monday, August 13, 2012

Pelancaran Bulan Kemerdekaan PPKI SKBU 2012


Oleh: Masitah Zakaria


Program Pendidikan Khas Integrasi SKBU telah mengadakan Sambutan Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang diadakan di dataran PPKI yang berlangsung pada 3 Ogos yang lalu. Sambutan ini disertai oleh murid-murid pendidikan khas, pembantu pengurusan murid dan semua guru PPKI.Sambutan ini diadakan bertujuan untuk menerap nilai-nilai semangat patriotik di dalam jiwa murid-murid dan menanam sikap cintakan negara Malaysia.

Majlis ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan dimulai dengan ucapan alu-aluan yang dipengerusikan oleh En. Mohd Ruzaiman bin Abdullah Halim.Majlis diteruskan lagi dengan ucapan tuan guru besar iaitu En. Hud bin Abdul Ghani. Beliau memberi pesanan kepada murid-murid agar menyayangi negara Malaysia dan bersyukur kerana hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Seterusnya, beliau mendoakan kesejahteraan murid-murid pendidikan khas dan merasmikan majlis pelancaran kemerdekaan. Suasana bulan kemerdekaan lebih meriah lagi  dengan nyanyian 5 buah lagu dimulai lagu Negaraku, 1 Malaysia, Jalur Gemilang, Malaysia Berjaya, Tanggal 31 dan 1 Malaysia.

Semua guru, PPM dan murid menyanyikan lagu dengan penuh bersemangat dan berjiwa patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang. Lagu yang dinyanyikan bertujuan untuk mewujudkan rasa bangga dalam diri murid-murid menjadi rakyat Malaysia dan mengetahui bahawa Malaysia sudah mencapai kemerdekaan yang 55 pada tahun ini. Setelah nyanyian lagu patriotik dinyanyikan, maka berakhirlah majlis perasmian bulan kemerdekaan. Aktiviti yang terakhir ialah senamrobik yang dibimbing oleh Pn. Rofida bt Abu Bakar, Pn. Nora bt Nordin dan Pn. Norazilah binti Abdull Latif. Aktiviti ini dapat menyihatkan tubuh badan selain mengeratkan silaturahim antara murid- murid pendidikan khas dan juga guru. Sambutan bulan kemerdekaan ini tamat pada pukul 8.30 pagi dan semua guru bersurai masuk ke kelas masing-masing.

Wednesday, August 8, 2012

Sumbangan SMPKV

Oleh: Rohaslida Omar

Pada 31 Julai  yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Batu Unjur (SKBU) telah menerima sumbangan barang-barang terpakai daripada Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) Seksyen 17, Shah Alam. Kerjasama yang amat menggalakkan dan membanggakan telah diberikan oleh Pegawai Aset SMPKV iaitu Puan Nadiah binti Shafie dan guru-guru SMPKV khasnya guru-guru daripada Bengkel Jahitan dan Kursus Juru Bina Bangunan dan Kursus Pembuat Perabot.


Barang-barang yang disumbangkan berupa barangan perabot dan peralatan elektrik seperti kerusi beroda tanpa lengan, meja kerja lukis pelan, stepping, simen fero, kerusi kuliah dan mesin jahit. Diharap barangan yang disumbangkan dapat memperkasakan lagi PPKI SKBU dan membantu murid-murid di dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
Jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Pengetua dan guru-guru SMPKV, pelajar-pelajar Kursus Juru Bina Bangunan & Pembuat Perabot dan guru-guru Kursus Juru Bina Bangunan, Pembuat Perabot dan Pembuat Pakaian Wanita. 

Penyampaian cenderahati kepada wakil Pengetua SMPKV iaitu Guru Penolong Kanan Ko Kurilulum, Encik Abu Talib bin Mat Top.

Tuesday, July 24, 2012

Laman PPKI Didada Majalah.

Tahniah PPKI SK Batu Unjur kerana Menghiasi majalah Bintang Kecil dalam slot Skoolista keluaran 15 Julai 2012.

Sunday, July 22, 2012

Minggu Pendidikan Islam

Oleh: Samsiah Jamaludin

 Program KEM BESTARI SOLAT PPKI 2012 telah dilaksanakan pada hari Rabu, 11 Julai 2012. Pelajar beragama Islam berkumpul di dataran terbuka bersama guru-guru yang terlibat. Semua murid yang beragama Islam dibimbing oleh guru-guru yang telah dilantik untuk mengendalikan program ini mengikut kebolehupayaan murid tersebut.

Pengisian program disusun mengikut tahap penguasaan dan kebolehan murid-murid berpendidikan khas ini. Berikut adalah pengisian yang dibuat mengikut tahap keupayaan murid-murid tersebut.

Murid -murid dipertontonkan dengan kisah nabi-nabi dan kisah-kisah  tauladan versi kartun untuk menarik minat mereka. Selain itu, diadakan aktiviti mewarna gambar dan seterusnya murid-murid dibawa oleh guru-guru mengelilingi sekolah. Ia bertujuan untuk memperlihatkan kepada mereka akan benda hidup ciptaan Allah dan benda bukan hidup ciptaan manusia.

Aktiviti lain yang dilaksanakan adalah seperti bacaan yassin dan tahlil serta solat dhuha beramai-ramai. Kemudian murid juga diajar dan diberi bimbingan tentang amali solat iaitu amali  wuduk dan amali solat oleh guru-guru.

Kem Bestari Solat adalah sebahagian daripada program jQAF yang dilaksanakann di Program Pendidikan Khas Integrasi. Diharap pelaksanaan program ini di Kelas pendidikan Khas akan memberi kesan positif kepada murid-murid berkeperluan khas dalam meningkatkan pengetahuan mereka tentang perintah Allah dan RasulNya.

Minggu Pendidikan Seni & Kemahiran Manipulatif

Oleh: Masitah Zakaria & Rohaslida Omar
 

Minggu Panitia Pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif diadakan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan sistematik bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Ia telah diadakan pada 19hb Jun 2012 (Selasa) dan 20hb Jun 2012 (Rabu). Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan untuk murid-murid bagi Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah kebangsaan Batu Unjur . Program ini bertemakan “Berkarya dan berkreativiti sambil bergembira”.

OBJEKTIF
Diantaranya objektif yang hendak dicapai ialah :
  • Aktiviti ini sebagai salah satu proses pengajaran dan pembelajaran secara tidak formal.
  • Memberi peluang kepada mereka untuk berkarya dan berimaginasi mengikut kreativiti mereka sendiri.
  • Memupuk semangat keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru.
  • Melatih murid berdisiplin, bekerjasama dan yakin kepada diri sendiri semasa aktiviti dijalankan.

KUMPULAN SASARAN
          Program ini disertai oleh  murid istimewa dan dibimbing oleh 11 orang guru Panitia Pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif pendidikan khas.

BUTIRAN PROGRAM
HARI
MASA
ATURCARA/AKTIVITI
FASILITATOR

7.30-8.00AM
TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN
PUAN MASITAH



CIK ROHASLIDA
SELASA
8.00-9.30AM
TAHAP 1 (RENDAH)



- ANYAMAN TIKAR
PUAN WIRAWATI
19-Jun-12


EN SAIFUL AZAM


TAHAP 2 (SENDERHANA & TINGGI)



- PUALAMAN / MABLING

EN HAFSHAM



CIK ROHASLIDA

9.30-10.00AM
REHAT


10.00-10.30AM
TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN
PUAN MASITAH



CIK ROHASLIDA

10.30-12.15AM
TAHAP 1 (RENDAH)



MEMBUAT PLAYDOH

PN NURRAZWANA



PN NEELAMBIGAI


TAHAP 2 (SENDERHANA & TINGGI)



CATAN
EN HAFSHAM


TEMA : ALAM SEMULAJADI
PN RAMLAH









7.30-8.00AM
TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN
PUAN MASITAH
RABU


CIK ROHASLIDA

8.00-9.30AM
TAHAP 1 (RENDAH)

20-Jun-12

- KAD CANTUM
PUAN MASITAH



CIK SURAIYA


TAHAP 2 (SENDERHANA & TINGGI)



- PENANDA BUKU
EN SAIFUL AZAM



PN NURRAZWANA

9.30-10.00AM
REHAT


10.00-10.30AM
TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN
PUAN MASITAH



CIK ROHASLIDA

10.30-12.15AM
TAHAP 1 (RENDAH)



KRAFTANGAN
PN RAMLAH



PN NEELAMBIGAI


TAHAP 2 (SENDERHANA & TINGGI)



JAHITAN MANIK
PN NORAZILAH



PN WIRAWATI





 
PELAPORANAKTIVITI PERMAINAN BOLINGPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BP)SMK DATO¶ KAMARUDDIN, BATU KURAU, PERAKTAHUN 2011DARIPADA
SMK Dato¶ Kamaruddin, 34500 Batu Kurau, Perak.
KEPADA
Pegawai Pelajaran Daerah Larut Matang & Selama (U.P: En. Rustamb. Siis - Pegawai Khas Pendidikan Khas / Pemulihan Khas) PPD LMS
PERKARA
Pelaporan Aktiviti Permainan Boling Program Pendidikan KhasIntegrasi (BP), SMK Dato¶ Kamaruddin, Batu Kurau, Perak, Tahun2011
SALINANKEPADA
Panitia Pendidikan Khas Daerah Larut Matang & Selama
TARIKH:
7 Mac 2011
MASA:
8.30 pagi
TEMPAT:
Winners Bowls Taiping, Paras 6, Plaza Bandaran, 34000 Taiping,Perak.
Bil Perkara / Perbincangan1. Penasihat:
En.Rustam b. Siis(Pegawai Khas Pendidikan Khas / Pemulihan Khas Daerah Larut Matang & Selama)
Pengurus:
Puan Nor Mala bt. Abdul (Penyelaras PPKI)
2. Penyertaan guru dan pelajar Guru
: 8 orang 1. Nor Mala bt. Abdul2. Zanariah bt. Zali3. Zarina bt. Mohamed Zain
 
AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Aktiviti Tahap 1
Anyaman Tikar
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Untuk aktiviti ini, murid –murid menggunakan kertas warna yang dicantumkan membentuk anyaman . Murid – murid boleh melakukan aktiviti mengayam dengan bantuan guru dan PPM. Melalui aktiviti ini, ia dapat meningkatkan kemahiran motor halus dan penumpuan mata dan tangan.

Membuat  Play Doh

Play Doh merupakan bahan yang digunakan untuk pergerakan kemahiran motor halus dan juga membentuk kreativiti dan estetika kanak-kanak. Murid-murid sangat suka dan seronok  menguli tepung membentuk doh yang pelbagai warna.Play Doh ini selamat digunakan oleh anak-anak kerana ianya dihasilkan daripada bahan makanan dan tidak bertoksid.


Kad cantum / Puzzle

Kad cantum merupakan salah satu aktiviti yang digunakan untuk meningkatkan daya berfikir dan imaginasi kanak-kanak supaya kreatif dalam penyelesaian masalah. Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan pergerakan motor halus murid-murid dengan aktiviti mewarna , menggunting dan melekatkan gambar dengan menggunakan gam. Murid-murid membuat aktiviti secara berkumpulan dan dibantu oleh guru dan PPM.


Kraftangan (tampalan)

Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi,proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Kraftangan yang dihasilkan ialah menggunakan teknik tampalan yang dilakukan dengan mengoyak-ngoyakkan kertas surat khabar terpakai dan dicampurkan gam serta air.Aktiviti ini banyak mengajar tentang kesabaran. Ia melatih supaya murid-murid lebih berhati-hati semasa menampal lapisan kertas banyak kali dan menampal ikut turutan supaya tidak ada bahagian yang nipis yang tebal dan tidak sekata. Apa yang boleh diterapkan dalam aktiviti ini ialah recyclye art  iaitu suratkhabar lama pun boleh diguna semula kalau kena caranya dan juga menggunakan pergerakan motor halus.


Aktiviti Tahap 2

Pualaman

Teknik pualaman digunakan untuk menghasilkan corak bercat di atas kertas.
Teknik ini boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah atau kompleks bergantung kepada orang yang ingin menghasilkan corak. Faktor umur bukan menjadi had untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang iaitu dari kanak-kanak hingga orang dewasa boleh menghasilkan karya seni. Semua murid dapat melakukan aktiviti ini dengan jayanya dan menghasilkan pelbagai corak yang cantik dan menarik.




Catan – Alam Semulajadi

Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.  Aktiviti ini memberi peluang kepada murid untuk membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu mengikut kreativiti. Murid-murid sangat seronok dan teruja menghasilkan kreativiti di atas kanvas dengan dibantu oleh guru.

Penanda Buku

Aktiviti membuat penanda buku ini menggunakan pualaman yang telah dihasilkan oleh murid-murid sebelum ini. Murid-murid dapat menggunakan pergerakan motor halus iaitu menggunting dan menampal pada kertas warna. Dengan penghasilan penanda buku ini, akan menggalakkan murid menggunakannya setiap kali apabila menggunakan buku teks, buku cerita dan sebagainya. Selain itu, dengan aktiviti ini boleh memberi peluang kepada murid-murid untuk menghasilkan duit daripada karya kreatif mereka.

Jahitan – Kain Perca

Jahitan merupakan kemahiran yang perlu ada di dalam setiap diri masing-masing. Aktiviti ini menggunakan kain perca, jarum gunting dan benang. Ia banyak memerlukan kesabaran dan penumpuan individu. Jenis jahitan ialah yang paling mudah sekali iaitu jahitan jelujur halus. Hanya beberapa orang murid sahaja yang boleh menjahit dengan dibantu oleh guru. Sebahagian murid yang lain menggunting kain yang telah telah dibuat bentuk bulat. Namun murid-murid dan guru sungguh teruja untuk melihat hasil jahitan. Akhirnya hasil yang diusahakan adalah amat berbaloi dan cantik. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang yang cerah untuk menghasilkan duit jika rajin .


PENILAIAN DAN PENUTUP

Penyertaan murid secara langsung atau tidak langsung di dalam aktiviti sekolah atau di luar bilik darjah merupakan intipati dalam dunia pendidikan khas yang perlu didedahkan kepada semua murid yang berkeperluan khas. Sehubungan dengan itu, Minggu Panitia Pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif dirangka bagi memastikan objektif yang disarankan tercapai. Ianya merupakan titik tolak bagi melahirkan murid yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya menguruskan kehidupan seharian di masa akan datang.

Dengan adanya Minggu Panitia Pendidikan Seni dan Kemahiran Manipulatif ini juga diharapkan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam mengenal pasti potensi yang ada dalam diri murid untuk dijadikan sumber dorongan ke arah perkembangan sikap positif, mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus murid, mempertingkatkan keyakinan diri murid, mempertingkatkan kemahiran bersosial dikalangan murid dan masyarakat sekeliling serta dapat menenangkan fikiran murid.