Thursday, September 27, 2012
Pelancaran Fischer Tip
Wednesday, September 26, 2012
Tahniah
PPKI SK Batu Unjur telah mendapat hadiah bagi jualan kupon tertinggi sempena Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas yang berlangsung pada 9 September yang lalu. Hadiah berbentuk hamper telah disampaikan oleh pegawai sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta, Pejabat Pelajaran Daerah Klang, En Ahmad Zaini bin Bakar. Karnival yang berlangsung telah dianggap berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Manakala bagi menghargai PPKI SK Batu Unjur sebagai penganjur Karnival, Persatuan Pendidikan Khas Daerah Klang telah menghadiahkan cek sebanyak RM500. Hadiah telah disampaikan kepada En. Hud bin Abd Ghani, guru besar SK Batu Unjur sempena mesyuarat Pendidikan Khas di Pejabat Pelajaran Daerah Klang. Tahniah diucapkan......Monday, September 24, 2012
Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas

Pada 9 Septembar 2012 yang lalu, Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas Daerah Klang telah dilangsungkan dengan jayanya. Karnival yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid pendidikan khas akan aktiviti jualan, pameran, pertandingan dan sebagainya. Di samping itu juga karnival ini mampu membina sikap yakin diri, berani berhadapan dengan pelanggan, memupuk semangat kerja berpasukan selain dapat menambah dana persatuan. Karnival telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur. Secara tidak langsung PPKI SKBU menjadi urusetia karnival.
Karnival ini telah dirasmikan oleh YAD Dato' Abdul Ghani Bin Pateh Akhir ( Dato' Setia Diraja) Dato'Orang Kaya Maha Bijaya (Orang Besar Daerah Klang) Beliau merupakan penaung kepada Karnival ini. Acara perasmian telah dijalankan dengan sangat meriah di mana pengunjung dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dan persembahan istimewa pertunjukan paragliding yang didatangkan khas dari Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Karnival ini turut melibatkan pameran Polis DiRaja Malaysia, serta badan-badan korporat antaranya, Bank Simpanan Nasional, RHB Bank, Maybank dan lain-lain. Bank-bank turut mengadakan promosi seperti Pinjaman Peribadi, membuka akaun secara percuma dan sebagainya.
Wednesday, September 12, 2012
Tuesday, September 11, 2012
Jamuan Aidilfitri SKBU
Pada 8 September yang lalu warga SK Batu Unjur telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri. Majlis yang diadakan setiap tahun bertujuan menghimpunkan seluruh warga SK Batu Unjur dalam suasana hari raya. Majlis tersebut adalah anjuran Badan Kebajikan Guru dan kakitangan SK Batu Unjur. Majlis telah diadakan dengan sederhana tetapi meriah. Majlis dipengerusikan oleh En Amir dan dimulakan dengan bacaan doa oleh En Sahrul.
Kemudian guru besar telah menyampaikan sepatah dua kata dan mengucapkan selamat hari raya kepada hadirin yang ada. Majlis diteruskan dengan jamuan pelbagai hidangan.
Sunday, September 9, 2012
Persiapan Karnival keusahawanan Pendidikan Khas Daerah Klang..
![]() |
| En Hud sedang bersalaman denganm Paraglider MPK |
![]() |
| Murid sekolah SK Taman Klang Jaya sedang membuat latihan |

PPKI SK Batu Unjur telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Kerja-kerja pesiapan telah dilakukan lebih awal iaitu seminggu sebelum karnival berlangsung. Manakala persiapan terakhir telah dilakukan pada 7 September dimana raptai penuh turut diadakan pada hari tersebut. Jawatankuasa yang dilantik telah hadir pada hari tersebut antaranya SK Tengku Bendahara Azman1&2 sebagai jawatankuasa persiapan pentas, SK Telok Gadong sebagai jawatankuasa Jamuan VIP, SK (P) Bukit Kuda, SK Taman Klang Jaya, SMK Taman Klang Utama dan lain-lain.
Raptai telah dijalankan beberapa kali bagi tujuan melancarkan perjalanan program perasmian pada hari berlangsungnya program nanti. Segala kekurangan akan dapat diatasi dengan latihan. Raptai ini turut melibatkan kumpulan Paraglider MPK yang melibatkan 3 orang penerjun dan 6 orang kru.
Pada hari tersebut juga wakil sekolah-sekolah yang terlibat turut hadir untuk menyiapkan gerai jualan mereka, begitu juga guru yang terlibat membina rumah hantu, mereka telah bertungkus lumus untuk menyiapkan rumah hantu agar ianya nampak menyeramkan.
Raptai telah dijalankan beberapa kali bagi tujuan melancarkan perjalanan program perasmian pada hari berlangsungnya program nanti. Segala kekurangan akan dapat diatasi dengan latihan. Raptai ini turut melibatkan kumpulan Paraglider MPK yang melibatkan 3 orang penerjun dan 6 orang kru.
Pada hari tersebut juga wakil sekolah-sekolah yang terlibat turut hadir untuk menyiapkan gerai jualan mereka, begitu juga guru yang terlibat membina rumah hantu, mereka telah bertungkus lumus untuk menyiapkan rumah hantu agar ianya nampak menyeramkan. Thursday, September 6, 2012
Karnival Pendidikan Khas
Persatuan
Pendidikan Khas Daerah Klang julung kalinya mengadakan Karnival
terbesar pada tahun ini iaitu Karnival Pendidikan Khas Daerah Klang.
Karnival yang menghimpunkan sejumlah gerai jualan, permainan, pemeran,
persembahan dan hiburan ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Batu
Unjur Klang pada 9 September 2012. Karnival ini melibatkan seluruh
sekolah di Daerah Klang yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi. Karnival diadakan bertujuan mengisi tabung Pendidikan Khas
Daerah Klang. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh YAD Dato' Abdul Ghani bin Pateh Akhir (Orang Besar Daerah Klang).
Subscribe to:
Posts (Atom)











