Friday, October 12, 2012

Lawatan ke kidzania

Oleh: Jamiah binti Tamat

Kidzania Kuala Lumpur

Kidzania Kuala Lumpur yang terletak di Mutiara Damansara telah menjadi pilihan Program Pendidikan Khas SK Batu Unjur bagi program lawatan kali kedua pada 3 September 2012. Seramai 34 orang murid pendidikan khas telah menyertai lawatan ini. 

Lawatan kali ini ini agak berbeza kerana disertai juga oleh murid-murid aliran perdana dan juga murid-murid prasekolah aliran perdana. Jumlah penyertaan bagi lawatan kali ini adalah seramai 124 orang murid dan diiringi seramai 46 orang guru dna pembantu pengurusan murid (PPM).

Seawal 8 pagi murid-murid dan guru berkumpul di dataran sekolah bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cik Suraiya Aziz. Setelah itu, kami ebrtolak ke Kidzania Kuala umpur dengan menaiki 3 buah bas sekolah.  setibanya di Kidzania, kami disambut dengan mesra oleh pegawai yang bertugas dan setiap murid, gugu dan PPM dipakaikan dengan tanda pengenalan pelawat.

Kami memasuki ruangan aktiviti di Kidzania dan di sinilah bermulanya keseronokan beraktiviti di kalangan murid.  Setiap murid diberi check Kidzo iaitu matawang bagi Kidzania sebanyak 50 Kidzo.  Murid-murid perlu memasuki ruangan simulasi penukaran check kepada matawang kidzo di stesen bank CIMB. Setelah itu, barulah murid-murid dibenarkan menggunakan matawang Kidzo tersebut untuk membeli barangan atau menyertai aktiviti di stesen-stesen terpilih dengan jumlah wang yang sedia ada. Setiap penukaran check tersebut murid diberi sebanyak  sekeping 20 Kidzo, 2 keping 10 Kidzo, 1 keping 5 Kidzo dan 5 keping 1 Kidzo yang membawa jumlah 50 Kidzo.

Apa yang lebih menarik, terdapat stesen yang memberikan khidmat yang mana, murid-murid perlu bekerja untuk mendapatkan tambahan Kidzo. Sebagai contoh, murid yang memilih untuk bekerja sebagai ahli bomba akan melakukan simulasi memadam kebakaran.  setelah itu, murid ini diberi sebanyak 10 Kidzo sebagai gaji setelah penat bekerja. terdapat beberapa stesen yang menawarkan gaji setelah penat bekerja seperti posmen, jurutera elektrik, pembaca berita, penyampai radio dan beberapa pekerjaan ain.  Berbeza pula dengan stesen yang peru membayar sejumlah Kidzo untuk bekerja tetapi murid diberi hasil kerja selepas melakukan aktiviti dijalankan. Sebagai contoh, murid bekerja di stesen Marry Brown yang mana mruid perlu membayar sejumlah wang Kidzo dan kemudia bekerja dengan membuat burger Marry Brown. Hasi akhir iaitu murid diberi burger yang telah dibuat sendiri sebagai upah bekerja.

Kidzo yang diperolehi oleh murid boleh ditukarkan dalam bentuk cenderahati di stesen yang terpilih.  Murid juga boleh membeli gambar mereka di stesen yang ditetapkan sebagai kenang-kenangan.  Terdapat kedai cenderahati disediakan bagi pelawat untuk membeli cenderahati di Kidzania.

Aktiviti di Kidzania ini banyak memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri simulasi pekerjaan-pekerjaan yang terdpat di Malaysia. Di samping itu, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru iaitu kepelbagaian jenis pekerjaan yang mungkin boleh dijadikan sebagai cita-cita mereka untuk mereka berjaya di masa hadapan.

Thursday, September 27, 2012

Pelancaran Fischer Tip


Seramai 6 orang murid dan 3 orang guru PPKI SK Batu Unjur telah dijemput menghadiri majlis pelancaran produk terbaru syarikat Race Robotic Sdn. Bhd. pada 26 September yang lalu. Dia antara produk diperkenalkan ialah Fischer Tip dan Eco-Smart yang merupakan papan digital pintar .Ficher tips merupakan permainan kreatif yang dihasilkan daripada kanji kentang. Ianya selamat digunakan oleh pelbagai peringkat umur kanak-kanak kerana ia tidak menggunakan bahan kimia di dalam pembuatannya.   Race Robotic Sdn. Bhd. merupakan pengedar tunggal Fisher Tip di Malaysia. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh  Yang Berbahagia Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail bertempat di Hotel Premiere, Klang. Di dalam pelancaran tersebut, murid-murid PPKI SK Batu Unjur telah diberi peluang untuk menggunakan permainan Fisher Tips bagi menghasilkan hasil kerja mengikut kreativiti masing-masing. 
 

Wednesday, September 26, 2012

Tahniah


PPKI SK Batu Unjur telah mendapat hadiah bagi jualan kupon tertinggi sempena Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas yang berlangsung pada 9 September yang lalu. Hadiah berbentuk hamper telah disampaikan oleh pegawai  sektor Pendidikan Khas dan Pendidikan Swasta, Pejabat Pelajaran Daerah Klang, En Ahmad Zaini bin Bakar. Karnival yang berlangsung telah dianggap berjaya mencapai objektif yang dikehendaki. Manakala  bagi menghargai PPKI SK Batu Unjur sebagai penganjur Karnival, Persatuan Pendidikan Khas Daerah Klang telah menghadiahkan cek sebanyak RM500. Hadiah telah disampaikan kepada En. Hud bin Abd Ghani, guru besar SK Batu Unjur sempena mesyuarat Pendidikan Khas di Pejabat Pelajaran Daerah Klang. Tahniah diucapkan......

Monday, September 24, 2012

Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas







Pada 9 Septembar 2012 yang lalu, Karnival Keusahawanan Pendidikan Khas Daerah Klang telah  dilangsungkan dengan jayanya. Karnival yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid pendidikan khas akan aktiviti jualan, pameran, pertandingan dan sebagainya. Di samping itu juga karnival ini mampu membina sikap yakin diri, berani berhadapan dengan pelanggan, memupuk semangat kerja berpasukan selain dapat menambah dana persatuan. Karnival telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Batu Unjur. Secara tidak langsung PPKI SKBU menjadi urusetia karnival. 

Karnival ini telah dirasmikan oleh YAD Dato' Abdul Ghani Bin Pateh Akhir ( Dato' Setia Diraja) Dato'Orang Kaya Maha Bijaya (Orang Besar Daerah Klang) Beliau merupakan penaung kepada Karnival ini.  Acara perasmian telah dijalankan dengan sangat meriah di mana pengunjung dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional dan persembahan istimewa pertunjukan paragliding yang didatangkan khas dari  Majlis Perbandaran Klang (MPK).


Karnival ini melibatkan seluruh sekolah di dalam Daerah Klang yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi. Pelbagai Aktiviti, permainan, pameran dan gerai jualan terdapat sepanjang karnival dijalankan. Di antara gerai yang mendapat sambutan daripada pengunjung ialah gerai urut refleksologi.  Gerai tersebut telah dikendalikan oleh SMK Kampung Jawa. Tidak kurang juga gerai-gerai berbentuk permainan, pengunjung tidak putus putus sehingga kesaat akhir. Selain Itu rumah hantu dan gerai haiwan exotik juga mendapat sambutan hangat. PPKI SK Batu Unjur tidak Ketinggalan turut serta memeriahkan karnival dengan membuka gerai jualan makanan. Antara makanan yang dijual digerai kami ialah laksa, rojak buah, minuman, mee hoon sup dan sebagainya. 

Karnival ini turut melibatkan pameran Polis DiRaja Malaysia, serta badan-badan korporat antaranya, Bank Simpanan Nasional, RHB Bank, Maybank dan lain-lain. Bank-bank turut mengadakan promosi seperti Pinjaman Peribadi, membuka akaun secara percuma dan sebagainya.

Wednesday, September 12, 2012

UPSR

SELAMAT MEMDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR KEPADA MURID-MURID TAHUN 6 SK BATU UNJUR

Tuesday, September 11, 2012

Jamuan Aidilfitri SKBU

Pada 8 September yang lalu warga SK Batu Unjur telah mengadakan majlis sambutan Aidilfitri. Majlis yang diadakan setiap tahun bertujuan menghimpunkan seluruh warga SK Batu Unjur dalam suasana hari raya. Majlis tersebut adalah anjuran Badan Kebajikan Guru dan kakitangan SK Batu Unjur. Majlis telah diadakan dengan sederhana tetapi meriah.  Majlis dipengerusikan oleh En Amir dan dimulakan dengan bacaan doa oleh En Sahrul.
Kemudian guru besar telah menyampaikan sepatah dua kata dan mengucapkan selamat hari raya kepada hadirin yang ada. Majlis diteruskan dengan jamuan pelbagai hidangan.
  

Sunday, September 9, 2012

Persiapan Karnival keusahawanan Pendidikan Khas Daerah Klang..

En Hud sedang bersalaman  denganm Paraglider MPK
Karnival keusahawanan Pendidikan Khas Daerah Klang Merupakan acara terbesar Persatuan Pendidikan Khas Daerah Klang pada tahun ini. Karnival berlangsung pada 9 September 2012. En Hud bin Abd. Ghani (guru besar SKBU) telah dilantik sebagai penyelaras karnival. dengan perlantikan tersebut secara rasminya PPKI SK Batu Unjur telah diberi amanah menggalas tanggungjawab sebagai urusetia dan tuan rumah karnival. 
Murid sekolah SK Taman Klang Jaya sedang membuat latihan


PPKI SK Batu Unjur telah bertungkus lumus menjayakan program ini. Kerja-kerja pesiapan telah dilakukan lebih awal iaitu seminggu sebelum karnival berlangsung. Manakala persiapan terakhir telah dilakukan pada 7 September dimana raptai penuh turut diadakan pada hari tersebut. Jawatankuasa yang dilantik telah hadir pada hari tersebut antaranya SK Tengku Bendahara Azman1&2 sebagai jawatankuasa persiapan pentas, SK Telok Gadong sebagai jawatankuasa Jamuan VIP, SK (P) Bukit Kuda, SK Taman Klang Jaya, SMK Taman Klang Utama dan lain-lain. 
Raptai telah dijalankan  beberapa kali bagi tujuan melancarkan perjalanan program perasmian pada hari berlangsungnya program nanti. Segala kekurangan akan dapat diatasi dengan latihan. Raptai ini turut melibatkan kumpulan Paraglider MPK yang melibatkan 3 orang penerjun dan 6 orang kru. 
Pada hari tersebut juga wakil sekolah-sekolah yang terlibat turut hadir untuk menyiapkan gerai jualan mereka, begitu juga guru yang terlibat membina rumah hantu, mereka telah bertungkus lumus untuk menyiapkan rumah hantu agar ianya nampak menyeramkan.